Wednesday 26 August 2015

HIDUP

Assalamualaikum.

Apa tujuan kita hidup?
Kemana arah tuju hidup kita?
Apakah kita akan hidup selamanya?
Adakah kehidupan selepas mati?
Siapa yang menghidupkan kita?
Bagaimana kita ingin hidup?

Tanya pd hati. Lihat pd dalil dan hadis.
Tujuan kita hidup adalah untuk beribadah kpd Allah.


Arah tuju hidup untuk kehidupan akhirat. 
Dunia adalah tempat bercucuk tanam. 
Hasilnya adalah di akhirat kelak iaitu SYURGA :)
Jalan menuju ke neraka mudah tp jalan menuju syurga penuh onak duri kerana syurga itu indah.

Manusia!
Jangan sombong, jangan bongkak.
Kita manusia semua sama.
Dijadikan dari tanah, air mani, darah, tulang & daging.
Sekuat mana, sehebat mana kelak kamu akan kembali pd Allah.
DIA Maha Besar dari segala yg ada di langit & bumi.

Taubat.
Allah akan menerima taubat hambaNya selagi mana matahari belum terbit sebelah barat.
Allah Maha Pengampun lg Maha Mengasihani.
Tiada org baik yg tiada masa lalu & tiada pendosa yg tiada masa depan.

Wassalam...